Powered By Blogger
Hello peeps! welcome to nur syazwani saffa's oficially blog~
Showing posts with label love and me. Show all posts
Showing posts with label love and me. Show all posts

July 5, 2012

pergi tak kembali

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

assalamualaikum, pada tanggal 4 julai bersamaan 14 syaaban wan telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. late post aku ade ceritakan fasal wan yang sedang sakit. yaa sihat sebelum sakit. dan hidup sebelum mati..

4 julai 2012
pada pukul 5.54 petang selepas aku habis iron baju, dan baru mahu meletakkan kepala di atas bantal tiba-tiba terdengar deringan telefon. nama mama terpapar di skrin telefon, jarang sekali mama telefon aku kerana selalu aku yang memulakan dulu. aku jawab panggilan mama dan terdengar suara tangisan mama dalam telefon. aku mula rasa tak sedap hati, dan aku mendiamkan diri . biarkan mama yang mulakan perbualan . "kak ngah.. sabar ye kak ngah. wan dah takde" secebis ayat tu menusuk hati aku. aku merasakan yang aku sedang bermimpi , benarkah ape yang aku dengarkan ni?? aku meraung sepuas-puasnya. macam mane boleh jadi macam ni?! mama buat apa?! tak henti-henti aku menanyakan soalan tu kepada mama.. namun itu semua bukan salah sesiapa, kerana kematian itu takdir Allah. daripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali.

fiqah dah cuak aku menangis ni, shue bilik sebelah datang, Bella yang baru habis cakap dalam phone datang ke bilik aku. semua tertanya-tanya kenapa aku menangis. nenek aku meninggal pukul 5.30 petang. bukan sekadar nenek, tapi nenek kesayangan aku. wan aku dah meninggal. setelah 7 bulan wan sakit terbaring di atas katil , akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya di rumah aku sendiri. 


aku nak balik rumah, aku nak balik rumah. aku menaiki bas ke Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam. di rumah, aku lihat banyak kereta berpakir rapi sepanjang jalan. ketujuh-tujuh anak wan ada di rumah anak bongsu wan iaitu mama (mak aku). tidak lupa, cucu-cicit juga ade untuk menjenguk dia. 


setelah aku melangkahkan kaki ke dalam rumah, aku terlihat sekujur badan berselimutkan kain batik dan mukanya ditutup dengan kain tudung putih terbaring di atas katil. di sekelilingnya ade orang yang membacakan Yaasin dan Al-Quran. mak ucu mendapatkan aku dan menenagkan aku. "wan dah takde kak ngah, sabar ye.." kemudian aku mendapatkan mama, yang tidak perasan akan kehadiran aku. "wan dah takde.." hanya sebaris kata yang dapat diluahkan oleh mama. 


aku tidak melihat jenazah wan melulu, sebaliknya aku memilih untuk sembahyang isyak. dengan wuduk yang ada, pada pukul 1.30 pagi aku membacakan Yaasin buat wan. setelah itu, barulah aku menggagah kan diri membuka kain tudung putih yang menutupi wajah wan. tak dapat aku ceritakan, bagaimana perasaan aku tika membuka kain putih itu, air mata aku seka. dan aku kucup dahinya, pipi kanannya, pipi kirinya dan dagunya. muka yang cengkung itu ku tatap. kini tiada lagi panggilan 'syaz' yang dapat kudengari dari bibir wan..


wan bersama mak lang, mama dan mak uda (dari kiri)

wan dan balqis semasa menyambut hari ibu dan hari jadi bersama..

hanya tinggal kenangan..
al-fatihah



May 31, 2012

ujian-Nya

make way please. i wanna tell you a story..
gambar hiasan :))


Allah turunkan kepada aku ujian dengan lelaki. membuatkan aku lalai, suka bila ada orang yang minat dekat aku. tapi Alhamdulillah, Allah jadi kan aku seorang yang tak cakap dengan lelaki. *nampak macam jual mahal, tapi sebenarnya aku takut berhadapan dengan kaum Adam. benda ni membuatkan orang yang minat dekat aku mula meminati orang lain. Alhamdulillah sekali lagi, Allah selamatkan hati aku daripada membalas cinta hati yang tidak ikhlas :P 

pada masa yang sama, Allah datangkan aku ujian dengan menghadirkan perasaan suka terhadap sorang hambaNya. tiba-tiba dia hadir dalam mimpiku.. entah ape yang aku mimpikan. *aku tak ingat lahh haish! adakah ini satu ujian? ataupun satu petunjuk? *hmm :P ya, dia yang pernah aku kagumi. kepimpinannya, kesederhanaanya, penampilannya.. dia sungguh Kirana.

Hanya Tuhan Yang Tahu.. (MAH)

May 27, 2012

Hanya Tuhan Yang Tahu

make way please. i wanna tell you a story..

sesiapa yang suka kat aku, tak kan suka aku lama. tak ade orang yang betul2 jujur suka kan aku. siapa lah aku.

 ade orang tanya, "ape ciri2 calon suami yang kau nak?"

 "ciri2 calon suami? ntah lah.. semua laki same je kan.."

 "...."

tak bermakna kalau aku cakap yang "aku tak suka kau" bermaksud aku memang tak suka kau. aku berjalan atas bumi Allah ni membawa nama dan maruah. kalau aku cakap "aku suka kau" habis lah nama aku, habislah maruah aku sebagai perempuan dan dimana aku nak letak malu aku? dan minta maaf lahh, sebab memang aku tak kan pernah mengaku aku suka orang tu. sebab lafaz ni hanya akan aku ucapkan kepada lelaki pertama dalam hidup aku, yang bergelar suami. 

dan aku tau, aku percaya Allah sentiasa di samping aku. walau banyak mana pun perkara ini berlaku, aku tak pernah rasa kecewa dan membuat kan aku membenci lelaki. aku tau, Dia sedang melindungi hati aku. aku tau, Dia sudah menyediakan apa yang terbaik untukku.. 

siapatah agaknya cintaku setelah Allah dan Rasul?? di hati ini hanya tuhan yang tahu..

March 13, 2012

sekadar tontonan

make way please. i wanna tell you a story..
assalamualaikum, takde cerita sangat pun. aku just terjumpa benda yang menarik untuk diri aku. hmm.. ape yang menarik sangat tu?? Hanya Tuhan Yang Tahu..


kumpulan nasyid el-manshuud ( tak nak cakap ape2 pasal benda ni )


kumpulan ni menjadi johan pada malam inspirasi seni. tahniah !!
 * bukan aku memuji, apalagi memuja.. salah kah ku kagumi?? 

p/s: dah lama tak nampak secara live :)




January 25, 2012

Tuhan berikan aku cinta


Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal Mu
Tuhan beri aku cinta ..

by: Ayushita




December 29, 2011

JODOH itu rahsia Allah SWT..

Sekuat mana kita setia,
Sekuat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima kekasih kita,

Jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita, 
kita tetap tidak akan bersama dengannya..

December 7, 2011

sinetron Ku pinang kau dengan bismillah

make way please. i wanna tell you a story..

semalam aku tengok cerita ni kat tv al-hijrah. (1 st episode)
macam best.. tapi 2nd episode terlepas plak nak tengok. alaa.. lagi pun nanti bukan aku boleh follow every episode pun. so kena lah belajar skip-skip cerita ni.. HAHAHA

October 21, 2011

lovely::LIVELY


make way please. i wanna tell you a story..
my lovely homeroom :: LIVELY
we have joy we have fun, we have such a great memory together. thanks to Daddy Mun for being such a great father homeroom! i noticed that every homeroom activity is based on eating. whoops!! HAHAHA
he brought us to Pizza Hut!



Abu dan Muiz are cute <3 but Chin is 'bajet'
and, he took us to break fast at Bukit Merah. but we have to pay ourselves lah..
otw to Bukit Merah:: wawa,shamim,me,hanis.
Uumiiii... ustat's wife.
Ray, the most wanted boy.:p abis lah.. cikgu Dollah dah usha!
capture moment in front of the gate with family ustat.


October 8, 2011

to: MAMA

make way please. i wanna tell you a story..
AS YOU'RE READING THIS, I JUST WANT YOU TO KNOW THAT I LOVE YOU.
i didn't wave back to you as i'm on the bus that day. you know how i feel? i feel so miserable.
one day without your voice is like a year.
mama, do you know how much i love you?
i just want you to understand me.
i just want to make the best for you.
my life, my success is because of you.

from:: anakmu yang jauh di perantauan, mencari ilmu Allah, mengaharapkan redha MAMA.


August 5, 2011

Muhasabah Cinta

A song that has thoroughly inspired me during my ups and downs in life.. my love and life belong to Allah swt.. kudos to the composer and lyricist..

June 3, 2011

LIVELY is not perky!!

make way please. i wanna tell you a story..
first of all.. let me introduce you Lively's :
Daddy Mun!
atau mesra dipanggil sebagai Ustaz Munawar~

awal-awal tu perasaan aku kat Lively ni~ biasa2 je. tapi kitorang mula rapat masa kem Homeroom. masa tu aku rasa bermaknanya.. jadi ahli homeroom Lively. ade Daddy Mun yang pemurah, even sometimes dye macam tak sporting sangat. masa malam barbeque hari tu dye sanggup spent kan dye pnye duit sampai RM70 untuk anak-anak dye. budak2 laki ni la yang 'pau' ustaz suruh beli macam-macam. haih~ kesian ustaz. sem-2 nanti plak dye nak bawak anak-anak Homeroom dye ni makan Pizza! yeah.. tak sabar nye.kesian pun ade kat ustaz sebab hadiah hari guru kitorang bagi chocolate je kat dye. padahal dye da habis kan wang ringgit yang banyak tau! takpe lah~ nanti kitorang beli hadiah yang best k??
gambar ni diambil selepas buat lakonan ngan Homeroom.semua sporting habis! kitorang punye la yang paling best..(aku rase cam tu..HAHA) tapi tak menang pun sebab tak dapat 10% markah tambahan kot. ye lah~ semua mak bapak Homeroom joint mase buat persembahan. kitorang je takde sebab ustaz ade hal mase tu..
What ever it is~ korang THE BEST!!
budak perempuan Lively yang happening habes!
budak laki Lively. tapi tak cukup ni~
yeyh! aku bergambar dengan The Most hesem boy dalam
batch!!
HAHAHA tak sangka dye ialah ahli Homeroom aku. tapi sayyang nye dye loghat Ganu.(Terengganu) Erma yang Hot pun bleh kenal Abu. Bella yang 'comel' boleh datang kelas dan cakap depan-depan yang Abu comel. pergh~ Gempak tu!
malam barbeque.. 

ni plak Loyal! kira macam adik-beradik Lively lah~


 Lively and Loyal are in one class- 412. we are so unite.takde gap pun and kitorang bergaul sebati je.. takde rusuhan Homeroom lah senang cakap. i love my classmates. tapi tu kadang-kadang gaduh gak.. sebab dorang panggil kitorang Perky. aku tak la terasa hati sangat sebab aku tau tujuan dorang main-main je. tapi ade setengah pihak tu tak dapat terima.'sensitib'(sensitif) sangat~ kena lah jaga gak hati orang lain. sebab hati orang ni lain-lain. tudung je sama putih~ *mane dapat peribahasa nih??*
______________________________________
aku harap kita semua tak kan gaduh-gaduh oke! Lively la.. sebab aku da ada tak suke ngan sorang budak Loyal. btw aku tau korang tau sape~