Powered By Blogger
Hello peeps! welcome to nur syazwani saffa's oficially blog~

March 15, 2012

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

make way please. i wanna tell you a story..

assalamualaikum, hari ni takde lah nak cerita sangat. fyi, wan aku (sebelah mak) tengah sakit. umur wan dah mencecah 87 tahun. hmm aku ingat pun sebab wan 70 tahun tua daripada aku. aku masih ingat lagi masa wan sihat_ dia selalu bercakap (bebel) , berjalan, makan dan solat. tapi sekarang wan terlantar di atas katil . wan hanya dapat baring je, duduk plak tak boleh sebab dia sakit perut selepas operation usus minggu lepas.
*aku harap korang baca sampai habis :)

semalam aku melawat wan dekat rumah mak cik aku di Menjalara. walaupun homework aku menggunung banyaknya, tapi aku tinggal kan semua tu *sebenarnya homework tu aku bawak skali demi nak melawat wan. kami dapat berita yang badan wan bernanah dan pecah.

masa aku sampai tu, ramai lah anak2 wan yang dah ade kat situ. (pak cik2 mak cik2 ) aku nampak wan terlantar baring atas katil. lepas pakcik2 makcik2 aku keluar dari bilik tu, baru lah aku masuk. aku merapati wan, hingga terbau sesuatu yang kurang enak. tiba-tiba wan pegang tangan aku, sambil sebut nama aku "syaz.." (nama glamour aku kat rumah) tapi mata wan tertutup. aku sahut panggilan wan, wan buka mata. aku baring tepi wan,dan ku usap kepalanya ..

sebak hati aku tengok keadaan wan macam tu.  wan yang selalu jadi teman bual aku, buat aktiviti lapang dan wan yang selalu ikut mama kalau nak lawat aku kat terendak. "aku nak jumpa cucu aku " tulah alasan yang selalu diguna pakai. aku lahir masa kakak umur satu tahun lebih. jadi wan yang bagi perhatian lebih dekat aku, mandi kan aku.. pendek kata, aku lah cucu kesayangan dia. tak kisah lah aku buat jahat ke, baik ke kat dia, dia tetap jadi kan aku cucu yang paling disayangi. dia akan bagi duit lebih daripada cucu dia yang lain dekat aku. kalau dapat bunga telur orang kahwin tu, mesti wan cari aku sebab nak bagi benda tu khas untuk aku. *hahaha

"syaz.. tidur sini ye malam ni." ajak wan sambil tangan nye menepuk-nepuk bantal tepi dia. aku pun angguk je lah.. sedangkan dia tak tahu sebentar lagi ambulans akan datang untuk bawanye ke hospital. 


sekarang wan masih di hospital. semoga wan cepat sembuh dan kembali sihat seperti sebelumnya. walaupun aku tahu setiap manusia dan makhluk itu datangnya daripada Allah swt, dan kepadanya kita kembali. aku baru sahaja kehilangan mak tok (sebelah ayah) pada 1 Februari 2012, aku tak mahu kehilangan nenek pada tahun yang sama. mudah-mudahan.. dan aku teringat tentang lagu nasyid Raihan. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. antaranya ialah muda sebelum tua, sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati. wasalam,selamat beramal :)