Powered By Blogger
Hello peeps! welcome to nur syazwani saffa's oficially blog~

October 12, 2015

who am i now?

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

so, who am i now? pernah bercita-cita nak jadi arkitek lah, doktor lah.. dentist lah.. lepastu last minute tukar cita-cita nak jadi optometri. apakan daya, rezeki aku bukan disitu. aku tak dapat  result yang gempak untuk jadi seorang doktor atau optometri. jadi aku pilih untuk sambung belajar apa yang memang aku suka dari kecil lagi.

aku pilih arkitek jugak, aku dapat interview arkitek dekat uitm shah alam. tapi aku fikir, bangunan semua sedang membangun, nanti aku dah habis belajar aku nak design bangunan apa? hahaha.. so aku juga pilih industrial design. aku dapat interview dekat UTM dan UPM. interview pertama yang aku hadir ialah UTM. aku kena melukis apa yang aku nampak kat luar dan lukis apa-apa yang terlintas kat fikiran, lepastu interview dengan cik tat. tak tahu kenapa, the way cik tat approach and talk about design membuat kan aku nak masuk UTM. aku nak sangat masuk UTM. tapi ikut pilihan upu UPM atas sekali, baru UTM. so kalau aku lepas kedua-dua interview ni aku akan dapat masuk apa yang aku pilih atas sekali. aku pun ambik keputusan tak pergi interview ke UPM dan berharap sepenuhnya kepada Allah supaya UTM terima aku.

dan alhamdulillah, aku diterima masuk ke UTM. aku suka sangat belajar dekat sini. aku suka sangat apa yang aku belajar sekarang ni. alhamdulillah aku dapat dekan untuk kedua-dua semester tahun pertama pengajian dan dapat tajaan biasiswa JPA. so who am i now? i am industrial designer first semester, second year student. what ever you want to be, just be the best!

February 26, 2014

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

If you want to marry
Let me know
I will stop hoping

February 16, 2014

cukuplah hanya Tuhan yang tahu

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

HTYT (hanya tuhan yang tahu)

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim

source from : ISLAM itu INDAH

hai, assalmaualikum. detik 12 mlam ni bersamaan 17 Februari iaitu tarikh lahir seseorang. kawan2 aku bagi cadangan kat aku suruh terus terang tentang perasaan aku kat dia. sebab umur dia semakin tua, tahun ni umur dia 23 tahun. ramai senior yang umur 23 tahun dah bertunang, dan ada yang dah berkahwin. tak mustahil, dia pun dah bertunag atau berkahwin atau ke arah seumpa dengannya. at least, kalau aku bagitau dia, aku dapat tau ape status dia sekarang. tapi, aku tak kuat. aku tak kuat nak tahu apa status dia sekarang, so aku takkan luah kan apa2 dekat dia, cukup lah Allah yang tahu. jika dia takdir aku, bagaimana pun caranya, perancangan Allah itu lebih baik. lagipun, kalau aku luahkan kat dia, aku tahu Allah tak suka. aku taknak lari dari cintaNya dan aku akan tahan nafsu aku, aku akan pertingkatkan iman aku. in syaa Allah semoga Allah pertemukan aku dengan orang yang juga mencintainya dan dapat memimpin aku kearah mendekatiNYA..

January 1, 2014

2014

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

HAPPY NEW YEAR ! thanks for all the memories 2013

December 21, 2013

love short film



In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

hai assalamualaikum, i just watched this short film on youtube randomly. it's based on the real story and takes place at MRSM Terendak! that's what i'm so exciting for ahaks!