Powered By Blogger
Hello peeps! welcome to nur syazwani saffa's oficially blog~

July 5, 2012

pergi tak kembali

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

assalamualaikum, pada tanggal 4 julai bersamaan 14 syaaban wan telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. late post aku ade ceritakan fasal wan yang sedang sakit. yaa sihat sebelum sakit. dan hidup sebelum mati..

4 julai 2012
pada pukul 5.54 petang selepas aku habis iron baju, dan baru mahu meletakkan kepala di atas bantal tiba-tiba terdengar deringan telefon. nama mama terpapar di skrin telefon, jarang sekali mama telefon aku kerana selalu aku yang memulakan dulu. aku jawab panggilan mama dan terdengar suara tangisan mama dalam telefon. aku mula rasa tak sedap hati, dan aku mendiamkan diri . biarkan mama yang mulakan perbualan . "kak ngah.. sabar ye kak ngah. wan dah takde" secebis ayat tu menusuk hati aku. aku merasakan yang aku sedang bermimpi , benarkah ape yang aku dengarkan ni?? aku meraung sepuas-puasnya. macam mane boleh jadi macam ni?! mama buat apa?! tak henti-henti aku menanyakan soalan tu kepada mama.. namun itu semua bukan salah sesiapa, kerana kematian itu takdir Allah. daripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali.

fiqah dah cuak aku menangis ni, shue bilik sebelah datang, Bella yang baru habis cakap dalam phone datang ke bilik aku. semua tertanya-tanya kenapa aku menangis. nenek aku meninggal pukul 5.30 petang. bukan sekadar nenek, tapi nenek kesayangan aku. wan aku dah meninggal. setelah 7 bulan wan sakit terbaring di atas katil , akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya di rumah aku sendiri. 


aku nak balik rumah, aku nak balik rumah. aku menaiki bas ke Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam. di rumah, aku lihat banyak kereta berpakir rapi sepanjang jalan. ketujuh-tujuh anak wan ada di rumah anak bongsu wan iaitu mama (mak aku). tidak lupa, cucu-cicit juga ade untuk menjenguk dia. 


setelah aku melangkahkan kaki ke dalam rumah, aku terlihat sekujur badan berselimutkan kain batik dan mukanya ditutup dengan kain tudung putih terbaring di atas katil. di sekelilingnya ade orang yang membacakan Yaasin dan Al-Quran. mak ucu mendapatkan aku dan menenagkan aku. "wan dah takde kak ngah, sabar ye.." kemudian aku mendapatkan mama, yang tidak perasan akan kehadiran aku. "wan dah takde.." hanya sebaris kata yang dapat diluahkan oleh mama. 


aku tidak melihat jenazah wan melulu, sebaliknya aku memilih untuk sembahyang isyak. dengan wuduk yang ada, pada pukul 1.30 pagi aku membacakan Yaasin buat wan. setelah itu, barulah aku menggagah kan diri membuka kain tudung putih yang menutupi wajah wan. tak dapat aku ceritakan, bagaimana perasaan aku tika membuka kain putih itu, air mata aku seka. dan aku kucup dahinya, pipi kanannya, pipi kirinya dan dagunya. muka yang cengkung itu ku tatap. kini tiada lagi panggilan 'syaz' yang dapat kudengari dari bibir wan..


wan bersama mak lang, mama dan mak uda (dari kiri)

wan dan balqis semasa menyambut hari ibu dan hari jadi bersama..

hanya tinggal kenangan..
al-fatihah