Powered By Blogger
Hello peeps! welcome to nur syazwani saffa's oficially blog~

April 11, 2013

6D animation

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

holla holly cikebom cikebom
upah dia jap :P
memandangkan aku dah mula kerja start dua minggu lepas habis spm, aku jarang habiskan masa dengan family aku. dah lah duduk kt hostel 5 tahun, dah habis spm kerja plak. nak kena maki betul aku nih. tak kenang budi! tak sedar diri! tak guna! busuk punya olang! *okeh dah maki diri sendiri.

walaupun masa yg diluangkan bersama keluarga tu kejap je, tapi aku tak dapat la nak rasa borring ke mengantuk ke menyampah ke sesaat. sebab setiap detik bersama keluarga tu aku rasa bahagia tak terkata. naik escalator (tangga yg bergerak tuh.. tk tau nk eja) bersama-sama, turun guna lif together-gether, makan bareng-bareng (pinjam bahasa hindon jap). best gila habaq hang!!

idea nak nengok 6D animation ni idea kakak. beriya-iya balik kali ni, dia suruh aku simpan duit sebab nak tengok natang ni. last2 end up keluar dgn mama and balqis sekali, sebab si balqis ni demam tak pegi sekolah dan mestilah dia nk ikut kami ni keluor..

murah je 6D animation nih, satu kepala rm15, badan tangan dan kaki dikira sekali. kalau dibayar berasingan takut ade orang pegi penggal kepala dia plak. beli tiga tiket dapat 1 free tadi. aku belanja mama, dan kakak. oh tak dia bayar sendiri hahaha. 

pilihan dia ade cerita hantu, ade shark, ade roller coaster dan dinasour. selepas kami fikir masak-masak, dan membuat perbincangan yg serius maka kata sepakat telah dicapai! dengan ini.. kami .. *suspen suspen*  memilih untuk menonton animasi... DINASOUR!!

lebih kurang camni lah, gambar dino dia tadi. tk seram langsung, comel plak tu!

si balqis ni, cerita belom start dia dah menangis. baru keluar seekor kumbang masa tu hahaha. bukan takat balqis, kakak yang ade sebelah aku dah ready pegang tangan aku kuat-kuat. aku pandang dia, rupanya dia dah bukak cermin mata. hahaha.. dia yang beriya-iya sangat tadi! 

jelas kelihatan muka balqis yang masih lagi memikirkan fasal dinasour itu wujud!!

*gambar ni kakak yg suruh masukkan.
ya.. yang muka kecik tu kakak aku, ya..aku nampak tua, ya ya ya aku tahu tau semua tu. tak perlu bagitau aku besar, gemuk dan comel. ya... hah? oh ahah ya..gambar kat atas ni takde kaitan langsung dengan 6D animation :)

No comments:

Post a Comment