Powered By Blogger
Hello peeps! welcome to nur syazwani saffa's oficially blog~

November 20, 2013

aku suka dia

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

hai assalamualaikum. post kali ni aku nak fefeeling sikit, kalau nak baca bacalah. tapi aku takut korang geli-gelimat plak.

tipu lah kalau aku cakap aku takde perasaan, sebab aku pun manusia jugak. aku dilahirkan dengan fitrah manusia sama dengan manusia-manusia lain. kalau darjah enam dulu aku ade suka dekat sorang ni , tapi mungkin sifat semula jadi aku malu :P aku menangis bila kawan aku bagitau orang tu, aku suka dia. esok tu, aku rasa macam taknak pergi sekolah, aku taknak hadap dia or kawan-kawan aku semua. tapi tahun tu kan nak upsr mestilah kena pergi sekolah hahaha. lepastu, ade orang lain ni suka kat aku pulak, pastu benda tu pulak, lepastu ini.. bla bla bla habis jugak zaman persekolahan aku sebagai budak sekolah rendah. the good thing is aku tak couple pun, scandal tu ado lah.. 

****

dengan keputusan 5A (tapi masa tu, mini cornetto pun aku tak dapat) aku ditempatkan di mrsm terendak. sukanya aku kalau cakap fasal MRSM Terendak. masa minggu orientasi budak-budak tingkatan satu kena mintak tandatangan barisan badan wakil pelajar (BWP) , jet jet artis lah kan. aina fadhilah, one of my roomate dari form one sampai form three. aina antara pengumpul tanda tangan BWP paling banyak lah, nak dekat penuh. aku pulak masa tu, baru berapa tanda tangan sedangkan malam tu dah nak kena hantar hahaha. dengan bantuan aina, aku mintak kertas dia sebab nak tiru tanda tangan BWP. ingat lagi, aina siap tirukan tandatangan tu untuk aku . tapi tandatangan presiden nye sangatlah rumit, jadi tak dapat nak tiru...

maka malam tu semua pelajar tingkatan satu kena berkumpul kat foyer sains sosial. akak-akak and abang-abang BWP tu pun cakap lah siapa yg tak habis tandatangan, siapa yg habis tandatangan bla bla bla.. aku rasa time tu nak dekat minggu aktiviti kot. sebab kena denda susun kerusi dalam dewan, tak silap lah. aku pulak masa tu rasa bersalah, sebab aku tengok semua orang at least ada tanda tangan presiden BWP walaupun diorang tak lengkap semua tandatangan. aku sorang je takde hahaha. lepas dah bersurai tu, aku ajak siapa ehh tak ingat lah.. untuk teman aku mintak tandatangan presiden. 
aku cakap "abang, nak tandatangan". 
abang presiden tu pun ambik kertas aku "dah habis lah.." 
sambil tangan dia acting macam tengah sign atas kertas aku. bila dia bagi balik kertas tu kat aku, aku tengok dia tak tandatangan pun. aku rasa macam (haihhh abang ni.. mempermainkan aku ) hahaha

minggu aktiviti pun tiba, ade nasyid, ade aktiviti bersama BWP and so on. peliknya, masa nasyid aku suka tengok abang presiden ni menyanyi. masa aktiviti bersama BWP, aku suka tengok abang presiden ni bagi penerangan. dan setiap kali perhimpunan, aku suka tengok abang presiden ni naik atas pentas. tapi entah bila aku suka dia aku pun tak tau. dan sekarang, hanya tuhan yang tahu HTYT 
that feeling when your crush whatsapp you hahaha (sekadar hiasan)
fyi, malam tu aku tak dapat tidur sampai subuh sampai pagi sampai petang hinggalah malam esoknya.



No comments:

Post a Comment