Powered By Blogger
Hello peeps! welcome to nur syazwani saffa's oficially blog~

December 4, 2011

kepada yang berkaitan::

make way please. i wanna tell you a story..
no story today, just reminder

Kaum hawa, kenapa kita terlalu lemah? kenapa hati terlalu lembut? mudah mempercayai sang adam? yakin ke dia hak milik kita? 

cinta Allah itulah yang paling hakiki.tetapi banyak sangat halangan kan, untuk kita sampai ke cinta Ilahi. caranya ialah dengan meninggal kan segala larangan Allah. tapi, susah. sebab hawa nafsu kita sangat cenderung kepada perkara yang melalaikan.

aku harap korang teruskan baca . (start bawah ni bebelan aku)


kenapa aku tak couple? bukan sebab aku takde perasaan dekat mana-mana lelaki. aku pun orang biasa yang ade perasaan sayang, cinta, dan nafsu. *aku bukan nak bajet lah. tapi sebab aku sayang diri aku sendiri, aku sayang mama dan yang paling penting aku sayang Allah.

perempuan tu ibarat mutiara yang jauh di dasar lautan. hanya orang yang benar-benar berusaha dan dengan izin Allah sahaja yang akan dapat miliki mutiara tu. dialah sang suami. berapa harga perempuan? semurah yang boleh dijaja dalam beg plastik? " dua singget, dua singget! "  yang mudah didapati? (disentuh) 

jadilah perempuan didalam kaca. hanya dapat dilihat, tetapi ingin sekali memilikinya. * kata-kata k.dina time usrah. aku masih pegang prinsip tu.

usaha nak dapatkan cinta. bukan berusaha untuk cari perempuan ke, yang perempuan cari lelaki ke. bukaaan.. usaha untuk dapatkan pasangan yang baik. kitalah yang berusaha jadikan diri kita baik. nak lelaki yang beriman, kita kena beriman. 

aku taknak cakap dekat suami aku " sorry, ni kali kedua saya ucapkan kata sayang lepas boyfriend saya dulu,"  dan aku taknak dia cakap macam tu kat aku. :P

kita pun selalu dengarkan, " perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat.* and vice versa  " bunyi dia lebih kurang lah.. 

sampai sini jelah.. *macam lah aku ni baik sangat. siapa aku nak cakap macam ni kan~ aku pun buat salah juga.kira ni pengajaran dan peringatan untuk aku lah..

yang ni macam AA je..





No comments:

Post a Comment